Pages

Friday 27 November 2015

Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 1 )


Entri 12

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Koleksi Peribadi / Google

Sumber : Google
Bandaraya Johor Bahru, Sumber : Google


Ok minggu lepas keluarga dari KL semua turun JB. Wahhh meriah sangat dari ayah, adik-beradik, ipar-duai sampai lah ke anak-anak saudara semua sporting sangat. Tapi adik yang bongsu tak dapat ikut sama sebab ada kelas di kolej. Memang bagi gegar lah bandar JB ni =) Tujuan utama diorg turun JB semestinya nak melawat saya yang satu-satu nya tercampak jauh luar dari Kuala Lumpur. Kebetulan cuti sekolah jadi bermula lah aktiviyi cuti sekolah dengan program-proram 2 dalam 1 melawat sambil bercuti. Ini itinerary yang saya dah sediakan untuk tetamu yang akan turun ke JB. 


Itinerary 4 hari 3 malam di JB






Hari Pertama : Sabtu

Lebih kurang jam 9 pagi mereka memulakan hari Sabtu dengan bersarapan di Kedai Jom Makan di Sri Gombak Prima. Sememangnya restoran ini menghidang kan perbagai jenis aneka makanan seperti nasi, lauk-pauk, kuih muih, roti canai dan pelbagai lagi dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi memang sesuai lah untuk singgah makan bersama keluarga yang ramai kerana kerusi dan meja juga banyak disediakan untuk pelanggan.



Sarapan dulu sebelum bergerak ke JB
 


Lokasi : 
Jom Makan Place Taman Sri Gombak
 Jalan Prima SG 1, Prima Seri Gombak, 
Taman Sri Gombak, Batu Caves Selangor
 
Lepas siap bersarapan mereka terus memecut laju ke Johor Bahru. Cuaca agak mendung dan hujan sepanjang perjalanan ke JB. Tup-tup baca whatapp nampak gambar diorg hantar dah sampai Johor rupanya. Patut lah laju jer bawa kereta, tak sabar shopping kat sini rupanya. Kalau turun JB tak sah kalau tak singgah di JPO di daerah Kulai. Dari tepi highway dah nampak JPO dari sebelah kiri lebuhraya, lepas tu ikut je papan tanda yang disediakan smpi lah ke sini.

Lokasi :

Johor Premium
Outlets®

Jalan Premium Outlets
Indahpura, 81000 Kulai
Johor Darul Takzim
Tel: +607 661 8888

 
Ni gambar yang di hantar oleh mereka memberi tahu dah smpi di JPO. Tak sabar nak shopping lah tu =)

.
.
Sampai-sampai terus serbu medan selera dan makan tengahari dulu



Jika anda bercadang mencari tempat makan di JPO, jangan risau kerana di sana terdapat medan selera untuk pelanggan yang datang. Harga yang ditawarkan di situ juga sangat berpatutan. Yang penting rasa nya tidak mengecewakan. Antara kedai kegemaran saya ialah kedai makan Thai. Menu disediakan seperti nasi putih bersama lauk dan juga nasi goreng sememangnya membuka selera kami semua. Saya juga mencadangkan keluarga saya mencuba makanan di kedai ini dan ternyata mereka juga memberi pendapat yang sama Sedap dan Murah. Selain medan selera yang disediakan terdapat juga kafe, restoren, kedai ais krim dan banyak lagi di sekitar JPO.

Antara hasil tangkapan mereka =)
Sementara menunggu yang lain shopping kita bergambar dulu yer. Senyum semua =)
Yang si kecil pun tak lepas kan peluang shopping coklat juga

Lapar lagi kita layan ais krim pula

Ok bila semua dah habis shopping, inilah waktu yang ditunggu-tunggu keluarga semua akan bergerak dan bermalam di villa kami. Sebaik ahli keluarga tiba mereka semua dijamu dengan hidangan istemewa dari kami.

Menu makan malam pada malam itu : 
Nasi putih
Kari ayam
Daging masak black pepper
Terung masak cili
Sayur campur
Telur dadar 

Pencuci mulut :
Air jagung bersama aiskrim vanila
Nescafe
Aiskrim 
Buah pisang 

Namun kerana semua nya sudah kelaparan dan kepenatan, di tambah pula saya sebagai tuan rumah sibuk menjamu tetamu tiada gambar menu dan tetamu untuk tatapan anda semua. Maklum lah ini kali pertama menerima tetamu yang ramai di sini agak riuh rendah rumah kami. Ok semua dah penat kita tidur dulu. Selamat Malam









No comments:

Post a Comment