Pages

Wednesday 2 December 2015

Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 3 )


Entri 14

Teks : Fazlianis Ahmad Kamar
Foto : Koleksi Peribadi / Google

Hari Ketiga : Isnin

Hari ketiga adalah antara program kemuncak sepanjang percutian di Johor Bahru ini. Kami semua akan menuju ke Legoland Malaysia.

Lokasi : 

LEGOLAND® Malaysia

LL Malaysia Taman Tema Sdn Bhd
7 Jalan LEGOLAND
Bandar Medini Iskandar Malaysia
79250, Nusajaya,
Johor Darul Takzim


Waktu Operasi : 
Taman Tema :10 pagi-7 malam 
Taman Air : 10 pagi - 6 petang
 
Jam 10 pagi kami semua sudah tiba di kaunter untuk mengambil tiket yang sudah ditempah lebih awal. Saya mencadangkan buat lah tempahan lebih awal kerana selain mendapat diskaun yang menarik, pengunjung juga tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket. Walaubagaimana pun terdapat banyak kaunter tiket yang dibuka untuk memudahkan pengunjung membeli tiket. 

Buat pengetahuan anda Legoland Malaysia terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Taman Tema dan Taman Air. Harga tiket juga berbeza. Ini adalah kali ke 2 saya menjejaki kaki di sini. Kali pertama dulu saya hanya sempat ke Taman Air sahaja jadi kali ini kami semua akan masuk ke bahagian Taman Tema yang penuh dengan permainan dan aktiviti yang menyeronokkan.

 Sebelum masuk ke dalam Taman Tema Legoland jangan lepaskan peluang bergambar dulu di pintu gerbang Legoland Malaysia sebagai kenangan. Ok 1,2 3 senyum semua =)

Jom kita layan aktiviti sepanjang kami disini.



 
Mari berfikir. Permainan yang menguji IQ dan kreativiti kanak-kanak. Dengan menggunakan lego pastikan kereta yang disambung dapat digerakkan di atas trek.

 Gembira betul si kecil ni dapat naik kuda

 Semua nampaknya teringin nak naik sebab teringat kenangan semasa zaman muda remaja. Yang dah jadi mak orang pun layan juga permainan ni.

 Ok jom bergambar

 Melayan permandangan sekitar Legoland dari ruang udara

 Ini ialah permainan polis dan bomba. Perlukan tenaga maksimum sebab perlu gerakkan kenderaan untuk pergi memadamkan kebakaran dan membawa pulang kenderaan ke tempat asal. Siapa dapat tamat kan permainan dengan pantas akan diumumkan sebagai pemenang

 
Permainan ini agak mencabar stamina sebab peserta perlu mengangkat diri sendiri menggunakan tali. Semua ahli keluarga saya memang "sporting". Mereka semua turut serta dalam acara ni.
  

Sepanjang hari berada Legoland sememangnya antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Bukan mudah untuk kami berkumpul dan bercuti sekeluarga. Cuaca juga agak memihak kepada kami. Keadaan panas dan kadang kala redup tidak menghalang kami bermain sepanjang hari di taman tema. Maklum lah jika hujan tak dapat lah kami main semua permainan yang disediakan. Walaupun cuti sekolah pengunjung juga tidak ramai pada hari itu. Jadi kami tidak perlu beratur untuk bermain semua permainan yang ada. Malah kami boleh main berulang kali. Kanak-kanak lah mereka yang paling gembira sepanjang berada di sana.


Jam 1 petang semua orang kelihatan penat terutama sekali ibu mengandung dan kanak-kanak kecil. Kami mengambil waktu ini untuk makan tengah hari di kafe, solat dan menidurkan anak masing-masing. Di sekitar taman tema ini terdapat banyak kafe disediakan untuk kemudahan pengunjung. Kemudahan surau dan tandas juga sangat bersih dan luas, yang penting terdapat bilik bayi disediakan untuk kemudahan ibu menyusu, menidurkan bayi dan pelbagai lagi.


Jam 2.30 petang kita teruskan lagi aktiviti.


Abang baju biru layan "lap" ke? =)

 Sedia semua. Vrooommm


Kanak-kanak bawah 2 tahun harus ditemani oleh ibubapa ye sebab keretapi ini agak laju


 Bergambar dulu sebelum menunggu giliran menaiki "Roller Coaster"

Permandangan sekitar Legoland

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Kami sudah bersiap sedia untuk pulang. Semua orang kelihatan penat tapi tetap seronok. Perut juga sudah lapar. Maklum lah tengahari tadi kami hanya makan piza sahaja. Sudah sampai waktu nya perut kami minta diisi lagi =)
 Lokasi seterusnya Restoran Tanjung Nelayan Pendas



Sumber : Restoran Tanjung Nelayan

Lokasi : 


Restoran Tanjung Nelayan Pendas
No 36 End Road off Tanjung Kupang Kg ladang 81560
Gelang Patah Johor Bahru
No tel : +6013-761 6623   ( Maryati )


Perjalanan untuk sampai ke sini agak jauh ke dalam kawasan perkampungan nelayan. Sepanjang perjalanan kami ke restoran ini jalan sedang dibaiki jadi perjalanan kami agak sukar sedikit kerana lorong kenderaan juga agak kecil ditambah pula keadaan gelap. Alhamdulillah jam 7 malam kami selamat sampai di sini. Dari Legoland ia mengambil masa sekitar 30 minit untuk tiba di sini. Kami terus menunaikan solat dan menunggu hidangan tiba kerana kami sudah menempah dari awal. Tempahan boleh dibuat awal dengan hanya menghubungi no telefon seperti di atas.

Memandangkan kami datang pada hari bekerja, restoran ini kelihatan lengang tidak seperti di hujung minggu yang semesti nya penuh dengan pelanggan. Jika semalam saya dan keluarga makan di restoran makanan laut yang agak terkenal iaitu Senibong, namun pada hari ini kami memilih lokasi yang tidak kurang popular juga bagi pengemar makanan laut yang segar iaitu di kawasan Gelang Patah.

 

Ini adalah antara menu dah pakej yang ditawarkan kepada pelanggan. Kami sekeluarga memilih Pakej B dan Pakej C. Harga yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan jika hendak dibandingkan dengan makanan yang disediakan. Sememangnya makanan laut di sini sangat segar dan hidangan nya juga besar.



 Melihat makanan tiba di meja makan, sememangnya tidak menghampakan kami semua. Jika tanya pada saya, saya akan bg 5 bintang. Makanan yang disediakan sangat menepati citarasa saya. Paling "kaw" ialah menu masak asam pedas nya. Menggunakan ikan yang segar  ditambah pula kuah nya yang sedikit masam,pedas dan pekat membuka selera kami semua.
Menu lain seperti ikan, sotong, udang, ketam dan kupang tidak kurang hebat nya. Size yang dihidangkan sememangnya besar cukup untuk kami semua.
Maaf hanya gambar ini yang dapat diambil kerana semua nya kelihatan tidak tertahan lagi menahan air liur untuk menjamah makan malam kami. 

Alhamdulillah jam 9.30 malam sudah selesai makan malam kami. Semuanya sudah kekenyangan. Apa lagi jom balik hotel.



 Tekak tiba-tiba rasa dahaga, sebelum tiba di hotel saya sempat lagi singgah membeli dan membungkus ABC dan Murtabak Singapura yang sangat popular di Johor Bahru ini.
Kenapa ABC ni sangat popular di sini? Mungkin sebab bahan yang diletak didalam ABC itu begitu banyak sekali ditambah pula dengan aiskrim di atasnya dan lelehan coklat disekelilingnya dan juga servis yang sangat laju membuat kan pelanggan sentiasa memenuhi medan selera ini. Harga nya hanya RM3 sahaja. Memang sangat sedap, lagi sedap kalau makan di masa cuaca panas.

Lokasi:  

Medan Selera Kampung Melayu Majidee
 Jalan Tebrau Lama, 81100 Johor Bahru, Malaysia
 
 Amboi dia layan ABC sorang-sorang ye

 Anak siapa lah ni ye? =) 
Dah penat sangat lah ni sementara menunggu masuk ke bilik sempat melelapkan mata di tepi dinding dulu
 

Ini malam terakhir kami di Johor Bahru ini. Esok dah nak balik. Selesai mandi, makan dan solat kami semua menarik selimut masing-masing dan bersedia untuk beradu =)

>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 1)

>>>>>>Jalan-jalan cuti sekolah - Johor Bahru ( Bahagian 2) 





No comments:

Post a Comment